SEMPENA PERSIDANGAN MEJA BULAT
“RANG UNDANG-UNDANG (RUU) KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 DAN PELAKSANAAN DASAR GENERASI PENAMAT (GEG): CABARAN DAN IMPLIKASI TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA MADANI”
1. Memahami bahawa MALAYSIA MADANI merupakan satu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
2. Memahami bahawa MALAYSIA MADANI bermatlamat untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan 6 nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.
3. Memahami bahawa KESEJAHTERAAN ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan adalah merupakan salah satu dari 6 nilai teras MALAYSIA MADANI.
4. Menginsafi bahawa RANG UNDANG-UNDANG (RUU) KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 DAN PELAKSANAAN DASAR GENERASI PENAMAT (GEG) memenuhi 5 prinsip Maqasid Syariah iaitu Menjaga Agama, Menjaga Nyawa, Menjaga Akal, Menjaga Keturunan dan Menjaga Harta.
5. Menyedari bahawa semua produk merokok termasuk yang bernikotin adalah RACUN dan merupakan ancaman kepada kesihatan awam serta menjadi beban kewangan yang besar terhadap pengurusan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
6. Menyesali keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan cecair dan gel nikotin dari Akta Racun 1952.
Justeru, bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat adalah sentiasa terjamin, maka Persidangan Meja Bulat Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG): Cabaran Dan Implikasi Terhadap Pembangunan Malaysia Madani hari ini bersepakat dengan sebulat suara untuk bersama-sama turut memberi cadangan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani permasalahan ini iaitu:
1. Membuat semakan segera terhadap keputusan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 sehingga RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan.
2. Mengenakan kadar cukai minimum yang efektif terhadap semua produk tembakau terutamanya rokok kepada 65% seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
3. Mengenakan cukai, penetapan harga dan kawalan pemasaran terhadap semua cecair rokok elektronik sebagaimana produk tembakau dan rokok serta menetapkan kadar kepekatan nikotin maksimum yang dibenarkan untuk berada di pasaran berdasarkan amaun nikotin (mg/ml).
4. Memastikan komitmen negara untuk mencapai sasaran ‘Tobacco Endgame’ seperti yang disarankan oleh WHO iaitu prevalens perokok kurang daripada 5% menjelang 2040.
5. Memerangi rasuah dan ketirisan sempadan bagi menangani isu penyeludupan produk tembakau termasuk rokok elektronik.
6. Mengenakan lesen khas terhadap premis dan penjual produk rokok elektronik serta mengenakan sekatan lokasi penjualan dalam lingkungan 5 km dari semua institusi pendidikan dan kawasan perumahan.
7. Menyediakan satu geran khas bagi menjalankan penyelidikan berkaitan rokok elektronik termasuk kesan terhadap kesihatan, ekonomi dan sosial khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak, terbuka kepada semua institusi awam dan swasta.
8. Memastikan keberkesanan dan keselamatan penggunaan rokok elektronik sebelum mendaftarkannya untuk tujuan pengurangan kemudaratan rokok konvensional (harm reduction) melalui Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).
9. Memastikan kepentingan dan amalan mesra kanak-kanak, wanita dan keluarga sentiasa dipelihara dan dilindungi dari penggunaan rokok dan rokok elektronik.
10.Mewartakan fatwa haram produk tembakau termasuk rokok dan rokok elektronik oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta penguatkuasaannya di semua negeri.
Persidangan Meja Bulat pada hari ini menggesa kepada YAB Perdana Menteri agar dapat memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG) yang akan dibentangkan semasa Sidang Parlimen pada bulan Mei 2023 ini tidak lagi ditangguh atau dipinda isi kandungannya tetapi diluluskan dan dikuatkuasakan dengan segera.
Ahli Sidang Meja Bulat adalah seperti berikut:
1. Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, IIUM
2. Prof Emeritus Dato’ Syed Mohamed AlJunid, Internasional Medical University (IMU)
3. Prof Dato Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, Akademi Profesor Malaysia (APM)
4. Prof Dato’ Noor Aziah Binti Mohd Awal, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
5. Prof Dr. Dayang Anita Abdul Aziz, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
6. Prof Dr. Mohamed Rusli Abdullah, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
7. Dr Mohd Afiq Mohd Nor, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
8. Encik Amrahi Buang, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
9. Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, APM
10.Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, APM
11.Prof (B) Dr Rose Alinda Alias, APM
12.Prof Madya Dr Budi Aslinie Md Sabri, APM
13.Prof Madya Dr Norashidah Mohamed Nor, UPM
14.Dr Aishah Abas, I-Medik Selangor
15.Dr Mohamad Zakwan Ilias, I-Medik Negeri Sembilan
16.Dr Muhamad Naqib Shariff, I-Medik Selangor
17.Dr Muruga Raj Rajathurai, Malaysian Medical Association (MMA)
18.Dr Nawwal Alwani Mohd Radzi, APM
19.Encik Burhanuddin Disa, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
20.Encik Rashdan Rashid, Pertubuhan Ibu Bapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala
Lumpur
21.Encik Sha’ani Abdullah, Gabungan Persatuan - Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
22.Puan Haslina Rani, Malaysian Associations of Dental Public Health Specialists (MADPHS)
23.Puan Mandy Thoo, National Cancer Society Malaysia
24.Puan Nabihah Haron, National Kidney Foundation Malaysia
25.Puan Norasilati Abdul Raob, UiTM
26.Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
27.I-Medik Negeri Sembilan & Selangor
28.Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
29.Malaysian Associations of Dental Public Health Specialists (MADPHS)
30.Malaysian Medical Association (MMA)
31.National Cancer Society of Malaysia (NCSM)
32.National Kidney Foundation Malaysia (NKF)
33.Persatuan Farmasi Malaysia
34.Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
35.Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
36.Pertubuhan Ibu Bapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala Lumpur
37.Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyW A TCH)
