Mutakhir ini penggunaan gelaran profesor selepas bersara menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh banyak pihak di media massa. Umum maklum gelaran Profesor merupakan anugerah yang diberikan oleh Universiti Awam dan Swasta di seluruh dunia. Kriteria perlantikan adalah berbeza antara satu universiti dengan universiti yang lain, namun objektifnya adalah sama iaitu gelaran yang diberikan kepada ahli akademik yang telah mencapai tahap kesarjanaan yang tinggi dalam bidang masing-masing. Oleh kerana itu, gelaran ini tidak sepatutnya digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.
Gelaran Profesor hanya boleh digunakan sewaktu berkhidmat dan profesor yang telah bersara tidak lagi wajar menggunakan gelaran Profesor (Harakahdaily, 2022). Gelaran ini merupakan pangkat yang diberikan khusus kepada ahli akademik dan penggunanya akan dihentikan selepas bersara, melainkan beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus ataupun Profesor Diraja. Perlu kita tahu walaupun selepas bersara situasi ini tidak akan menggurangkan tahap kesarjanan yang mereka miliki, bahkan mereka terus berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang ilmu masing-masing.
Profesor bukanlah “Pangkat” melainkan “Gelar” yang disangkutkan dengan jawatan, contohnya, jawatan Pensyarah, Profesor Madya dan Profesor. Semasa memegang jawatan tersebut, mereka boleh dipanggil sebagai profesor. Sebagai contoh, panggilan yang tepat bagi seorang Profesor ialah Profesor Geologi Kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akademi Profesor Malaysia (APM) mengambil pendekatan “jalan tengah” iaitu jawatan profesor disandarkan kepada “kesarjanaan dan pengalaman seorang profesor.” Oleh kerana ramai daripada kalangan Ahli APM merupakan profesor yang telah bersara, APM berpendirian untuk mengikhtiraf kesarjanaan dan pengalaman dengan memperkenalkan gelaran “Profesor Bersara atau Profesor (B)”.
Akademi Profesor Malaysia
15 Disember 2022
