Kluster Perubatan dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia ingin menekankan bahawa vaksinasi adalah satu-satunya cara kita untuk keluar daripada wabak COVID-19. Kenyataan media ini bukanlah untuk menyangkal fakta di atas.

Kami merujuk kepada siaran akhbar pada 16 Mei 2021 di mana Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak dapat menyokong penggunaan Ivermectin sebagai ubat yang berkesan untuk merawat pesakit COVID-19 yang menyatakan perlunya lebih banyak bukti.

Pada 20 Mei 2021, satu surat diterbitkan di MalaysiaKini yang disokong oleh pelbagai NGO, doktor-doktor perubatan dan pakar-pakar secara individu, mengemukakan bukti hasil ujian klinikal yang menyokong keberkesanan penggunaan Ivermectin dalam rawatan COVID-19.

Pada 17 Jun 2021, artikel hasil kajian Bryant et.al. diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics di mana meta-analisis 15 percubaan terkawal secara rawak yang melibatkan 3406 peserta menemui kepastian yang sederhana bahawa penggunaan Ivermectin dapat mengakibatkan pengurangan kematian COVID-19 yang besar dan penggunaan ivermectin pada fasa awal klinikal penyakit ini (kategori satu dan dua) dapat mengurangkan jumlah pesakit daripada berkembang menjadi penyakit yang teruk. Oleh kerana Ivermectin adalah berkos rendah dan jarang berlaku kesan sampingan yang serius (selamat digunakan), ia mungkin mengubah haluan pandemik SARS-CoV-2 secara global. Pendekatan meta-analitik ini telah berjaya mengatasi batasan saiz kajian yang menjadi alasan penolakan untuk menerima hasil percubaan kawalan rawak terhadap keberkesanan Ivermectin oleh begitu ramai pihak termasuk KKM.

Sekiranya kajian di atas masih belum cukup untuk meyakinkan KKM bagi menggunakan Ivermectin, kami ingin memaklumkan Deklarasi Helsinki dari Pertubuhan Perubatan Dunia (WMA) mengenai prinsip etika untuk penyelidikan perubatan yang melibatkan subjek manusia No. 37, yang menyatakan bahawa dalam rawatan pesakit individu, di mana intervensi yang terbukti tidak ada atau intervensi lain yang diketahui tidak berkesan, doktor, setelah mendapatkan nasihat pakar, dengan persetujuan daripada pesakit atau wakil yang sah, boleh menggunakan intervensi yang tidak terbukti jika dalam pertimbangan doktor itu memberikan harapan untuk menyelamatkan nyawa, membina semula kesihatan atau mengurangkan penderitaan. Intervensi ini kemudiannya dijadikan objek kajian, yang direka untuk menilai keselamatan dan keberkesanannya. Dalam semua kes, maklumat baharu mesti direkodkan dan, jika sesuai, ia didedahkan kepada umum.

Dengan menafikan penggunaan Ivermectin oleh doktor, dan menyekat maklumat, maka orang ramai tiada pilihan terpaksa beralih kepada pembelian Ivermectin di pasaran gelap dari sumber yang mungkin berbahaya dan tidak diketahui, yang mungkin palsu dan kosnya telah meningkat 15 kali ganda (dulu RM2.50 setiap tablet, kini dijual sehingga RM36 setiap tablet). Oleh itu, kami mengemukakan asas etika perubatan yang dikenali sebagai “non-maleficence” di mana doktor harus bertindak dengan cara yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan pesakit dan berhati-hati untuk tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan kemudaratan. Dengan tidak membenarkan preskripsi Ivermectin yang dikawal, secara tidak langsung mendedahkan bahaya kepada orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan ubat, sehingga menyebabkan kemudaratan.

Kami mencadangkan agar Ivermectin diberikan sebagai profilaksis (prophylaxis) dan kepada pesakit dalam kategori satu dan dua kerana Ivermectin terbukti berkesan pada tahap replikasi virus dan tidak begitu berkesan untuk kategori empat dan lima ketika kesan protein lonjakan (cytokine storm) menyebabkan keradangan saluran darah. Protokol I-MASS oleh Frontline COVID-19 Critical Care Alliance (FLCCC) diciptakan untuk pengedaran umum semasa penularan wabak yang meluas dan di negara yang kekurangan sumber. Untuk mencapai impak maksimum dan memudahkan pengaturan dengan bebanan elemen diperlukan yang minimum, pendekatan rawatan I-MASS adalah berpusat pada elemen-elemen berimpak tinggi, teras dan paling sedikit. Penggunaan Ivermectin sebagai profilaksis dan pencegahan juga telah terbukti dalam kajian untuk mengurangkan penyebaran jangkitan dan menawarkan perlindungan kepada individu yang berisiko tinggi.

Oleh kerana protokol rawatan KKM telah menyatakan bahawa pada masa ini tidak ada rawatan untuk kategori satu (asimptomatik) dan kategori dua (gejala ringan) bagi penyakit COVID-19, kami ingin memaklumkan garis panduan WHO untuk penggunaan intervensi bagi tujuan lain (off-label) sekiranya tidak ada tetapan percubaan klinikal yang terkawal seperti berikut:

“Ia adalah etika yang sesuai untuk menawarkan intervensi percubaan kepada setiap pesakit secara kecemasan di luar ujian klinikal, dengan syarat tidak ada rawatan berkesan yang terbukti; ianya tidak mungkin untuk memulakan kajian klinikal dengan segera; pesakit atau wakilnya yang sah telah memberikan persetujuan yang berdasarkan fakta, dan penggunaan intervensi secara kecemasan itu dipantau, dan hasilnya didokumentasikan dan dikongsi tepat pada masanya dengan komuniti perubatan dan saintifik yang lebih luas.”

Kami bersetuju dengan keadaan-keadaan yang ditetapkan dalam sebuah artikel yang diterbitkan di Jamaica Observer pada 15 Jun 2021 yang menyarankan agar doktor yang melobi penggunaan Ivermectin untuk tujuan lain (off-label) atau intervensi lain boleh mempertimbangkan syarat-syarat berikut untuk memastikan bahawa, jika tiada ujian klinikal, hak-hak pesakit itu dilindungi:

1) tentukan doktor mana yang dibenarkan untuk mempreskripsikan ubat/intervensi;
2) pesakit menerima dan memahami semua maklumat yang diperlukan mengenai manfaat, risiko, dan dimaklumkan bahawa ubat tersebut adalah ubat yang tidak diluluskan untuk keadaan tersebut;
3) pesakit atau pembuat keputusan pengganti menandatangani borang persetujuan;
4) keadaan di mana ubat yang dipreskripsi itu dinyatakan pada preskripsi;
5) farmasi yang menyimpan dan mengeluarkan ubat akan menyimpan rekod bagi pesakit yang menerima ubat tersebut;
6) ahli farmasi memberitahu pesakit atau pembuat keputusan pengganti bahawa ubat itu tidak diluluskan (off-label) untuk keadaan tersebut dan sekali lagi menerangkan kemungkinan kesan sampingan;
7) pesakit atau pembuat keputusan pengganti menandatangani borang kebenaran farmasi bahawa dia telah diberi nasihat mengenai ubat itu;
8) pesakit atau pembuat keputusan pengganti dimaklumkan mengenai butir-butir hubungan kecemasan sekiranya berlaku kesan buruk;
9) maklumat disusun oleh doktor/farmasi dan dihantar ke KKM
10) maklumat yang digabungkan dapat mempengaruhi keputusan dasar KKM pada masa depan.

Ivermectin, iaitu ubat anti-parasit yang ada dalam senarai ubat-ubatan penting WHO, telah diberikan sebanyak 3.7 bilion kali di seluruh dunia, dan telah memenangi hadiah Nobel pada tahun 2015 kerana kesan global dan bersejarah dalam membasmi jangkitan parasit endemik di banyak bahagian dunia. Ivermectin terbukti sangat kuat melawan COVID-19 dan telah menunjukkan sifat antivirus dan anti-radang dalam kajian terkawal yang rawak dan bersifat pemerhatian yang dilakukan di seluruh dunia. Pengamal dan Kementerian Kesihatan yang menggunakan Ivermectin dalam protokol rawatan melaporkan pengurangan yang ketara untuk tempoh pemulihan, tempoh rawatan di hospital dan risiko kematian. Memandangkan jumlah kematian adalah 15% (pada 20 Jun 2021), adalah sangat mustahak untuk membangunkan protokol rawatan untuk pesakit COVID-19 kategori satu dan dua dengan menggunakan Ivermectin sebagai salah satu ubat.

Ianya menyedihkan bahawa klinik doktor telah diserbu dan Ivermectin disita, farmasi yang menyimpan Ivermectin juga telah diserbu sementara doktor yang mempreskripsi Ivermectin telah diancam dengan implikasi undang-undang ketika semua pihak ini hanya ingin menyelamatkan nyawa. Ianya salah dari segi etika dan agama untuk menafikan hak orang untuk mendapatkan rawatan walau sekecil mana pun hasilnya. Ivermectin adalah murah, berpatutan, berkesan, selamat dan senang dihasilkan. Sungguh memilukan bahawa kita tidak mengikuti contoh Mexico dan Guatemala, negara yang mengirimkan kit perubatan percuma untuk keluarga di mana Ivermectin adalah salah satu ubat yang disertakan.

“Sekiranya Ivermectin dapat menyelamatkan satu nyawa, ia sangat berbaloi.” Penyelamatan nyawa ini bertepatan dengan Perlindungan Kehidupan menurut Islam dalam Maqasid Shari’ah (Objektif Syari’ah). Berpegang kepada prinsip ini dengan prinsip primum non nocere yang terdapat dalam Sumpah Hippokratik iaitu “doktor - jangan membahayakan”, kami memohon agar doktor di Malaysia dibenarkan untuk mempreskripsi Ivermectin untuk pesakit COVID-19 dengan syarat penggunaannya dikawal dan hanya dipreskripsikan oleh doktor dengan persetujuan daripada pesakit yang telah dimaklumkan. Marilah kita menyelamatkan nyawa.
*****
Artikel ini merupakan pandangan semua ahli kluster perubatan dan kesihatan Akademi Profesor Mal